JHEAINS

Rasional penubuhan JHEAINS adalah selaras dengan peranannya sebagai agensi pelaksana dan penguatkuasa bagi MUIS berdasarkan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Sabah 1992 dan kemudiannya diubah kepada Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah No.5 tahun 2004.
Tanggungjawab utamanya ialah melaksanakan polisi-polisi yang digubal oleh MUIS, menguatkuasakan undang-undang Islam berkaitan kekeluargaan Islam seperti perkahwinan, perceraian dan rujuk serta nafkah dan penjagaan; pengawalan sekolah-sekolah agama Islam; kesalahan-kesalahan jenayah syariah; mengurus tadbir pembinaan, penyelenggaraan dan pengimarahan masjid/surau; pelaksanaan dan pemantauan aktiviti dakwah dan perkara-perkara lain berhubung dengannya serta meneruskan tugas dan tanggungjawab melaksanakan perkhidmatan sebelum ini dilaksanakan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah yang dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah disamping beberapa orang Ketua Penolong Pengarah (KPP), dan pegawai staf yang berbagai-bagai jawatan dan pangkat.
Fungsi JHEAINS
- Melaksanakan Enakmen dan Dasar-dasar yang digubal oleh Majlis Ugama Islam Sabah(MUIS).
- Melaksana, memantau dan mengukuh aktiviti dakwah.
- Menguatkuasa dan melaksana Undang-undang kekeluargaan Islam berkaitan perkahwinan, perceraian dan rujuk, serta nafkah dan penjagaan.
- Melaksanakan penguatkuasaan dan pendakwaan kesalahan-kesalahan jenayah syariah.
- Mengawal sekolah-sekolah agama Islam.
- Membina dan mengurus tadbira sekolah agama negeri, masjid, surau dan taman perkuburan.
- Melaksana pengurusan makanan dan bahan gunaan Islam (HALAL) Negeri Sabah.
Perkara-perkara lain berhubung dengannya serta menjalankan tugas dan tanggungjawab melaksanakan perkhidmatan yang digariskan dalam Enakmen-Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Sabah.
JAKIM
Jakim merupakan sebuah agensi agama di peringkat Persekutuan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam usaha untuk membangun dan memajukan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini. Pembangunan laman web ini adalah salah satu usaha Jakim ke arah memantapkan pengurusan hal ehwal Islam di samping dapat menyebarkan ilmu dan maklumat tentang Islam yang terkini dan pantas kepada masyarakat.
Selaras dengan hasrat dan matlamat kepimpinan Negara dalam merealisasikan gagasan 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, penggunaan media internet diharap dapat membantu mempercepatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada masyarakat. Sebagai sebuah agensi agama di peringkat persekutuan, Jakim berhasrat untuk menonjolkan imej peneraju transformasi pengurusan hal ehwal Islam di Negara ini khususnya dan di peringkat dunia secara amnya.
Fungsi Jakim
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri akan berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut:
- Bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini.
- Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam.
- Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam.
- Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara.
- Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara.
- Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini.
- Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam.
- Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.
testttttt